Kereta api penumpang elektrik berkelajuan tinggi yang diperbuat khas dari China bagi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Jakarta-Bandung, tiba di pelabuhan Jakarta pada Khamis.
Ketibaan kereta api dari pelabuhan di timur China itu melambangkan satu lagi kejayaan bagi projek pembinaan HSR Jakarta-Bandung sekali gus menjadi kereta api berkelajuan tinggi buatan China yang pertama dieksport ke negara luar.